Thursday 27 December 2012

Rasa.. Rasa.. Rasa sayang hey! Rasa sayang, sayang hey!

Manusia dikurniakan Allah s.w.t dengan pelbagai jenis perasaan. Gembira, marah, sedih, takut dan sebagainya. Sampaikan kadang-kadang kita sendiri keliru dan tak tahu nak tafsir apa yang kita rasa.

'Ntah laa, aku tak tahu ape yg aku rasa..'
'Entah la weh, aku tak rase ape-ape ponn..'

Maha suci Allah. Sesungguhnya segala sesuatu itu sama ada baik atau buruk datang daripada Allah.



Dalam hidup ini manusia selalu ingin bahagia dan berasa gembira. Kalau boleh seumur hidupnya, dia inginkan kehidupan yang indah yang hanya dipenuhi dengan gelak tawa dan keriangan semata-mata.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Dan ketahuilah..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: 
" Demi Tuhan yang jiwaku ni berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa."
(Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah)

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda yang bermaksud:
" Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati."
 (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Alah, dah banyak kali aku dengar hadis-hadis ni. Tapi tak efek pape pon kat aku... Lagi banyak aku gelak ade lah. 

Itulah masalah. Jangan. Jangan hanya sekadar dengar, bahkan hayati dan amalkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan hati mati? Apakah? Apakah?

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
" Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;

Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Ta'ala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang mesih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Haa. Ada banyak jenis hati. Nak yang mana? Pilih la. Pilih la.

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu"

Hmm. Abes tuuu.. Tak boleh la nak gelak-gelak dah lepas ni :( Bosanlah.....

Bukan tidak boleh. Tapi cukuplah sekadarnya sahaja. Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa berdekah-dekah sedangkan baginda merupakan insan yang sepatutnya paling gembira kerana telah dijamin syurga! Tetapi baginda kekal murah dengan senyuman :) :) Bukankah Rasulullah itu sebaik-baik idola? Ya. Rasulullah ye. Nabi Muhammad s.a.w. Bukan Gereson Can ataupun Biritni Sepears :) Maka, senyum sokmo :)

Abdullah bin Abi Yu'lah pernah berkata: Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah??

Meh sini nak nasihat sikit :)

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata:
  1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
  2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
  3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya kan terjaga.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling baik supaya kita tidak leka. Tanya diri sendiri apa yang telah kita lakukan sendiri? Pernahkah kita ambil kisah tentang kemaslahatan ummah? Atau kita sering membuang masa bergelak ketawa untuk perkara yang sia-sia. Naudzubillah!


No comments:

Post a Comment