Aku pendusta yang nyata andai kukatakan,
Perjalananku ini tak pernah diuji,
Jiwa dan hati sentiasa bebas dari bisikan kenistaan.
Tapi sampai bila harus aku berterus begini?
Terus bernafas dalam kepuasan nafsu remajaku,
Terus tegar menghirup manisnya maksiat yang menipu,
Yang mengheret aku untuk lebih jauh dari penciptaku.
Aku terus leka dan selesa dibuai hidupku,
Sedangkan zina, buang bayi dan keruntuhan akhlak remaja,
Sudah menjadi hidangan wajib didada-dada akhbar,
Kepada siapa harusku tudingkan jari untuk bertanggungjawab?
Syukur pada Rabbi,
Kini baru kusedar,
Aku sebenarnya sudah lama terlena dalam mimpi yang melekakan,
Nyenyak didodoi dalam zon selesa ciptaan orientalis,
Hingga aku langsung tak hiraukan kebejatan generasiku.
Maafkan aku kerana lewat terjaga dari tidur panjangku,
Ayuh sahabat-sahabatku keluar dari kepompong kealpaan,
Dunia yang tenat ini perlukan kita untuk digegarkan,
Agar syabab harapan umat tidak terus melayu.
Akh Ahmad Izhar bin Ahmad Nazri
MAJALAH SINERGI EDISI 7 2012
No comments:
Post a Comment