Alhamdulillah. Pada tarikh 20 Februari 2012, semua ahli Badar Semesti telah menerima watikah pelantikan sebagai naqib dan naqibah rasmi Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Majlis yang serba sederhana ini telah berlangsung di dewan besar sekolah dan dirasmikan oleh ayahanda pengetua En. Ahmat b. Mahmud.
Beberapa lantikan baru yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4, 3 dan 2 telah dibuat. Ahli-ahli badar terdiri daripada semua pengawas sekolah. Manakala sebahagian daripada mereka ialah ahli pembimbing rakan sebaya, pengawas pusat sumber, pengawas spbt, briged bestari dan pelajar biasa. Namun begitu, matlamat penubuhan Badar ini adalah satu, iaitu untuk membentuk jati diri sebagai seorang Islam yang patuh kepada suruhan agama dan mampu mengajak orang lain ke arah kebaikan.
Di samping itu, Badar juga ditubuhkan untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk sahsiah dan kemenjadian murid yang baik; mempunyai hati yang suci dan santun. Hal ini kerana, pihak pentadbiran sekolah sedar bahawa dengan penubuhan badan dakwah seperti ini, insyaAllah mampu untuk melaksanakan impian membentuk kemenjadian murid yang baik.
Bersempena dengan majlis pelantikan ini juga, Kempen Menutup Aurat dan Kempen Memberi Salam telah dilancarkan dan juga dirasmikan oleh tuan pengetua En. Ahmat b. Mahmud. Kempen-kempen seperti ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti-aktiviti Badar untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Selain itu, pihak Badar juga telah merangka pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang dapat menarik minat pelajar untuk mendalami Islam dan menghayati cara hidup Islam sama ada dalam jangka masa yang terdekat mahupun yang lebih lama.
Diharapkan dengan penubuhan Badan Dakwah dan Kerohanian di sekolah ini akan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Bukan sahaja dalam bidang akademik malahan dalam semua bidang. Sekian~
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Monday, 20 February 2012
Thursday, 22 September 2011
NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM
Pada 25 Julai 2011 hingga 29 Julai 2011, Kem NADWAH Kepemimpinan Islam peringkat antarabangsa kali ke-31 telah diadakan di SBPI Batu Rakit, Terengganu. Kem NADWAH ini juga disertai oleh para peserta dari negara luar seperti Thailand dan Brunei. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan telah menghantar 6 orang peserta, 3 lelaki dan 3 perempuan ke program tersebut.
Kem NADWAH Kepemimpinan Islam ini diadakan untuk menerapkan kepimpinan Islamik dalam diri peserta-peserta NADWAH sekaligus peserta-peserta Nadwah dapat mengaplikasi segala manfaat yang mereka perolehi semasa kem tersebut di peringkat sekolah. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dalam berdakwah dalam diri para peserta terhadap rakan-rakan sekolah. Melalui Kem NADWAH para peserta dapat memahami sepenuhnya tentang organisasi BADAR dan fungsi-fungsinya. Organisasi BADAR juga dimantapkan oleh para peserta NADWAH selepas mengikuti kem tersebut.
Di samping itu, para peserta juga dibawa berkunjung ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Di sana terdapat pelbagai monumen bangunan-bangunan Islamik yang terkenal di seluruh dunia. Para peserta dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah pembinaan dan latar belakang masjid-masjid Islam di seluruh dunia.
Kem NADWAH Kepemimpinan Islam ini diadakan untuk menerapkan kepimpinan Islamik dalam diri peserta-peserta NADWAH sekaligus peserta-peserta Nadwah dapat mengaplikasi segala manfaat yang mereka perolehi semasa kem tersebut di peringkat sekolah. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dalam berdakwah dalam diri para peserta terhadap rakan-rakan sekolah. Melalui Kem NADWAH para peserta dapat memahami sepenuhnya tentang organisasi BADAR dan fungsi-fungsinya. Organisasi BADAR juga dimantapkan oleh para peserta NADWAH selepas mengikuti kem tersebut.
Semasa mengikuti kem tersebut pelbagai input menarik yang diterima oleh para peserta. Antaranya ialah mengetahui dengan dekat mengenai ciri-ciri kepimpinan Islam melalui tauladan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Mempelajari cara berkenal-kenalan yang berkesan dan mengikut anjuran Islam yang sebenarnya melalui sesi taa'ruf (suai kenal). Seterusnya, para peserta Kem NADWAH juga dapat menghayati kebesaran Allah yang terkandung dalam Al-Quran di samping mempelajari cara-cara menyampaikan dakwah seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Di samping itu, para peserta juga dibawa berkunjung ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Di sana terdapat pelbagai monumen bangunan-bangunan Islamik yang terkenal di seluruh dunia. Para peserta dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah pembinaan dan latar belakang masjid-masjid Islam di seluruh dunia.
Sepanjang kem tersebut dijalankan, para peserta dapat mengenali rakan-rakan dari pelbagai SBP lain termasuklah pelajar dari luar negara. Keseronokan dapat dirasai apabila para peserta dapat bergaul dengan para pelajar dari Brunei dan Thailand. Sikap ramah mesra dan tutur kata yang sopan memupuk semangat kerjasama dan tautan hubungan silaturrahim yang erat dalam masa yang singkat. Perkongsian ilmu dan kepelbagaian pendapat yang bernas daripada rakan-rakan semasa LDK (latihan dalam kumpulan) dan aktiviti luar dapat mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan dan menambah ilmu pengetahuan para peserta.
Suasana di SBPI Batu Rakit yang islamik mewujudkan suasana yang tenang dan harmoni. Antaranya ialah pengalunan ayat-ayat Al-Quran setiap masa, makan bersama-sama, solat berjemaah pada setiap waktu dan memberi salam apabila bertemu dengan pelajar yang lain. Para pelajar SBPI Batu Rakit juga memperlihatkan penghayatan hidup Islam seperti menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, bercakap secara berhemah dan berakhlak mulia.
Secara keseluruhannya, para peserta Kem NADWAH berasa amat bersyukur dan bertuah kerana terpilih untuk mewakili sekolah ke kem tersebut. Para perserta Kem NADWAH juga berharap agar Badan Kerohanian dan Dakwah di SEMESTI akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajarnya. Walaupun BADAR di SEMESTI masih berada di peringkat awalan, tetapi diharapkan organisasi ini mampu untuk mewujudkan ciri-ciri sekolah islamik sekaligus membentuk jati diri para pelajarnya.
Pihak BADAR pula berharap agar para pelajar dan warga SEMESTI memberi kerjasama dan menyokong segala usaha murni yang dilakukan oleh BADAR bagi manfaat bersama. Sekian.
Tuesday, 20 September 2011
Risalah Mingguan
InsyaAllah. Risalah mingguan akan mula dilancarkan minggu hadapan. Tema bagi minggu hadapan adalah 'Bicara Kata Yang Diredai'. Harap semua bersabar dan mohon maaf jika ada kekurangan dalam risalah ini. Risalah ini bertujuan untuk mendidik dan menyampaikan ilmu dalam kalangan pelajar SEMESTI. Harap usaha BADAR mendapat sokongan daripada semua pihak. Berikut adalah sedikit sedutan muka hadapan Seruan BADAR. Harap anda menyukainya.
Sekian sahaja kali ini. Selepas ini kami akan menyiarkan post mengenai temu ramah yang dijalankan oleh wartawan BADAR dengan peserta Nadwah Kepemimpinan Antarabangsa. Temu ramah ini adalah untuk berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar SEMESTI. Nantikan kemunculannya. Ahlan Wasahlan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






