Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Sunday, 30 December 2012

Jangan abaikan untuk berdoa

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
" DAN APABILA HAMBA-KU BARTANYA KEPADAMU MENGENAI-KU, SEUNGGUHNYA AKU TERLALU HAMPIR. AKU PERKENANKAN DOA ORANG YANG MEMINTA APABILA IA BERDOA KEPADA-KU. "

(Surah al-Baqarah 2:186)

Masa yang baik untuk berdoa:

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
  2. Selepas setiap solat fadhu lima waktu.
  3. Antara solat zuhur, asar dan maghrib.
  4. Antara azan dan iqamat atau selepasnya.
  5. Ketika bangun tidur.
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  8. Antara takbir solat hari raya.
  9. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting.
  10. Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan rasa gelisah.
  11. Ketika hendak menunaikan solat dan sesudah mengerjakannya.
  12. Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.
  13. Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.


Tuesday, 24 January 2012

PETUA IMAM SYAFIE

4 perkara untuk sihat :)


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1.. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Tuesday, 15 November 2011

Selamat Menjalani SPM 2011




BADAR SEMESTI mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon SPM 2011. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang seperti diharapkan.

Terdapat petua untuk menghadapi peperiksaan sebegini. Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.