Sunday 30 December 2012

Jangan abaikan untuk berdoa

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
" DAN APABILA HAMBA-KU BARTANYA KEPADAMU MENGENAI-KU, SEUNGGUHNYA AKU TERLALU HAMPIR. AKU PERKENANKAN DOA ORANG YANG MEMINTA APABILA IA BERDOA KEPADA-KU. "

(Surah al-Baqarah 2:186)

Masa yang baik untuk berdoa:

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
  2. Selepas setiap solat fadhu lima waktu.
  3. Antara solat zuhur, asar dan maghrib.
  4. Antara azan dan iqamat atau selepasnya.
  5. Ketika bangun tidur.
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  8. Antara takbir solat hari raya.
  9. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting.
  10. Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan rasa gelisah.
  11. Ketika hendak menunaikan solat dan sesudah mengerjakannya.
  12. Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.
  13. Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.


No comments:

Post a Comment